28 December 2007

TAKLIMAT RINGKAS PENUBUHAN PASTI

Jumaat, 13 April 2007, Belukar Limbat

"Organisasi seharusnya diperkukuhkan lagi baik di peringkat kawasan mahupun cawangan melalui gabungan serta jalinan tenaga kerja antara AJK dan para guru. Setiap warga PASTI juga diingatkan untuk terus memberikan komitmen yang padu bagi memastikan kesinambungan pendidikan pra sekolah islam ditanahair".

Setiausaha Kerja PASTI Kelantan, Sdr Mokhtar Ismail dipetik berkata demikian ketika menyampaikan ucaptama pada majlis ringkas "Penerangan Penubuhan PASTI Cawangan" di Kg. Belukar Limbat, baru-baru ini. Menurutnya lagi, setiap warga PASTI juga mempunyai tanggungjawab masing-masing mengikut tahap serta kemampuan seseorang, umpama binaan sebuah rumah yang masing-masing mempunyai peranan yang tersendiri.

Turut hadir dalam majlis itu ialah, Pengerusi PASTI Kawasan, Ust Mohd Sobri dan Setiausaha PASTI Kawasan, Sdr. Mohd Ruduan Hasan. Sementara itu, Ust Mohd Sobri dalam ucapan ringkasnya menyatakan bahawa jumlah PASTI dalam Kubang Kerian kini sebanyak 25 buah cawangan serta pada tahun 2008 disasarkan seramai 2,000 orang pelajar.

Majlis berkenaan dibuat bagi menerangkan secara terperinci kepada cawangan berkenaan yang berhasrat untuk menubuhkan PASTI baru yang akan menjadi pusat pembelajaran kanak-kanak dari kampung sekitar. Seramai 15 orang AJK PAS cawangan telah hadir bagi mengikuti taklimat berkenaan dan difahamkan juga pengambilan pelajar baru sesi pengajian 2008 akan dibuat pada akhir Disember ini.

Wallahu'alam

No comments: